Bawal pun ada tudung..... cuma tak tau nak pakai jer...Tapi tau berzikir pada-Nya...manusia...?"
Kelmarin, Cikgu Din mengaturkan pertemuan kami dengan adik-adik matrik. Mula-mula janji ingatkan just nak bincang-bincang jer. rupanya siap jumpa buat liqa' lagi... Terkejut juga... Alhamdulillah... ramai juga budak MRSM kat sini. Especially MRSM KT dan Q-Ber. Tinggal MRSM aku jer tak ada lagi...
Tapi, disebabkan ada hal kami terpaksa pulang tanpa sempat berbuka sama. Memecut la Adila bawa keta. Dalam keta tak ada apa untuk berbuka... Membuatkan aku terfikir, betapa para sahabat dulu, Rasulullah SAW tak ada apa untuk berbuka bersahur? Tabahnya mereka dalam Perang Badar lagi...
Sampai di perkarangan masjid, ramai juga kelihatan berbuka dengan VC hari ni... Takperlah... selepas mengalas perut dengan kuih... aku mendaki tangga masjid untuk menunaikan solat Maghrib. Entah kenapa hati terasa sayu... Aku panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar hubungan kami dengan adik-adik matrik berkekalan dan usaha kami direstui diredhai Allah SWT. Sambil air mata berlinang, aku memohon sesungguh hati agar adik-adik yang ditinggalkan bakal mencetuskan revolusi dakwah baru secara lebih berkesan, diberi kekuatan dan tidak futhur... Ameen...
Hmmm... berjumpa Fara lagi membuatkan hati aku berbelah bagi, nak duduk Kedah ke Terengganu? Kedua-dua tepat kekurangan tenaga. Aku takut juga kalau kat Terengganu aku disekat buat kerja-kerja ni. Nak turun program tak boleh ke... Tekanan ke... Kat Kedah ni dah ada orang kot? Hari tu masa tanya, kata tak kisah kat mana-mana praktikal... Hmmm... agaknya tak perlu sangat aku kat sini... So, whatever... masa menentukan...
ok..ok... ada janji dengan orang nih... got to go... chowphraya...
Baru siap exam paper Software Engineering... waaaa......

Takut2... time jawab tu seksa nya... dahla sejuk, got a flue...
Bersin tak renti2.... Habis satu pack tisu...
Takut juga ni, terfikir2 kalau time praktikal nanti UUM panggil balik jawab exam khas...Nauzubillahi minzalik... Tak nak... Tak tau naper blank jer exam ari ni... banyak dosa kot...
Masuk hari ni, means seminggu je lagi aku berada di bumi Sintok ini...
Apa yang dapat aku buat lagi?Apa lagi sumbangan tenaga ku untuk ISLAM di bumi ini...
Tapi aku heran ar... sejak 2 menjak ni cepat benau kecik ati tak memasal...
Adik2 SG aku tak tegur, aku kecik ati....
Program tak ada aku, kecik ati...
Tengok blog Aeman, diorang x tunggu aku balik untuk berbuka di KGB, kecik ati...
Apahal kecik ati sokmo nih...?
Agaknya aku takut untuk berada di luar kampus...
Ya... aku takut tak dapat bergerak menggunakan kudrat yang ada untuk Islam... 
Kenapa mengeluh ni...? Aku rasa tak nak tinggalkan kampus... Pernah terlanjur kata mengucapkan nak 'kantoikan' paper exam agar boleh duk sini lagi tapi mustahil sebab dah sahkan tempat praktikum...
Minggu lepas aku menyelesaikan segala tugasku sebagai 'kakak'... Terkejut+sedih apabila datang 3 adik sem 1 yang memohon untuk ikut usrah... Ya Allah, betapa alpanya kami dengan orang sekitar... tak mampu membawa ramai masyarakat untuk bersama-sama...
Sedih jua bila program terakhir muslimat, ramai yang mewar-warkan dengan bangganya "tinggal 1 sem lagi", "nak buat 7 sem" dan sebagainya yang menggambarkan rasa tak sabar nak tinggalkan suasana mentarbiah kampus...
Menambahkan rasa risau aku meninggalkan adik-adik begini...
Banyak peluang untuk Islam kembali subur di bumi Sintok ini... Tinggal tenaga jundullah yang sanggup menginfakkan diri tak ramai... Yang beralasan cukup ramai... Makin difikir makin serabut aku...
AAAA...chuuummm...
Tak leh jadi ni... lain kali ar tulis panjang2 skit... Sejuk...
)...
Ar Ruhul Jadid
http://agusw.cjb.net
Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada
Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia
Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa
Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia
Cuba fikir sahabat-sahabat pejuang agama ALLAH sekalian...
Kalau di dunia ni, US dah dihancurkan oleh Allah, tiada lagi tangan-tangan kejam yang menindas umat Islam, tiada lagi penyelewengan, penipuan yang perlu ditentang dan diperbetulkan... Apa lagi tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini ya? Memanglah... memang kita akan makmurkan bumi ini...
Bagaimana dengan jihad kita? Dari perkataannya pun dah bermakna bersuasah payah demi agama.
Apa aku cakap ni? Sebenarnya tengah pening... tengah berfikir2... baru selesai pilihanraya kampus. Penyelewengan demi penyelewengan, penipuan, pakatan demi mempertahankan kemungkaran di kampus utara ini membuatkan hatiku merintih. "Kenapa? apa yang korang perjuangkan? yang sedihnya calon-calon tu memang tak tau apa yang diperjuangkan? bagai lembu ditarik hidungnya? Mengikut suruhan..., apa tugas aku kat sini?pernah tak korang fikirkan... apa yang aku tentang sebenarnya"...
Aku menginsafi betapa sikitnya masa yang aku ada di sini. Tak sampai sebulan pun lagi... Andai kata adik-adik yang tinggal ni terbaca luahan hati aku ni, tolonglah fikirkan. Janganlah hanyut dalam kesedihan yang dimainkan oleh perasaan, cucukan syaitan. Cukuplah tenggelam dengan rasa 'down'. Itu sudah sunnatullah, terpulang pada kita untuk bangun atau tidak. Cukuplah bersedih. Membuatkan antum malas berjihad!
Kembalikan rasa bertarbiah, perbaiki hubungan kalian dengan Allah. Muhasabah semula kelemahan kita yang menyebabkan jemaah bercelaru. Yang muslimin, cukuplah dengan ego antum, buatlah kerja dengan sepenuh hati, hentikan sikap sambil lewa... tolonglah sedar!!!
Adik-adik muslimat, jangan hanyut dalam perasaan. kewajipan antunna adalah fardhi muslim, tak perlu fikirkan manhaj hidup yang kedua lagi, terlalu awal. andai ada takdir untukmu, yakinilah, yang baik hanyalah untuk yang baik, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. CUKUP!!! JANGAN HANYUT LAGI.....
BANGKITLAH...
SUDAH SUNNATULLAH ORANG BERJUANG...
ALLAHU AKBAR! 
Apa lah icon ni... bukan sedih... buat aku nak tergelak jeh!!!
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
17 September 2005
Hari yang dimulakan (sambungan tension) dari hari Jumaat. Baru aku sedar betapa pentingnya pengisian hati bagi orang yang ingin dan bercita-cita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ni. Pada aku, cukup dengan motivasi yang dicari sendiri, usrah aku tak berjalan dengan baik, yag paling utama, sejak seminggu dua ni, hubungan dengan Allah mengecewakan..... Sangat sedih...
Kemuncaknya, Sabtu pagi aku menangis sepuas hati di tepi kolam... tak tahan dah. Aku mengharapkan nasihat dari ustaz murabbi, cikgu-cikgu dan sahabat2 dari Terengganu. Aku mempersoalkan diri, mana sahabat2 ku? Semua mementingkan diri... kenapa perlu 'down' sebegitu lama? Kenapa melayan perasaan dengan meletakkan perjuangan Islam di belakang perasaan? Kenapa? Dan kenapa?...
Apabila aku naik semula ke bilik, capai buku "Bahtera Peyelamat", mukasurat yang dibuka benar-benar telah menegurku. Muhasabah dan monolog hati sendiri membuatkan aku tersedar kembali. Alhamdulillah. Nasib baik rasa "down" ni tak lama.
Adanya penasihat dan berdampingan orang alim ni memang menenangkan hati. Tak tau la lepas ni macamana... Aku dah nak habis belajar. Saper lagi boleh aku cari... Eh..eh... Allah kan sebaik-baik tempat pengaduan...